myMetro 29 April 2013
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Husni Mohd Noor
Kuala Kangsar: Dua warga emas yang sedang menjamu selera nyaris maut apabila sebuah kereta terbabas sebelum merempuh rumah mereka di Taman Perumahan Awam Kuala Kangsar, Jalan Manong, di sini.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, pemandu kereta model Nissan itu dikatakan memandu dalam keadaan mabuk dan terhuyung-hayang sebelum berlaku kemalangan.
Sumber polis berkata, pemandu kereta yang juga seorang lelaki berusia 50-an didapati baru saja meminum dua botol minuman keras sebelum memandu kereta untuk pulang ke rumahnya.
Menurutnya, lelaki terbabit dipercayai hilang kawalan ketika memandu sebelum melanggar jeriji besi pintu gelongsor hadapan rumah mangsa hingga rosak teruk.
Menurutnya, lelaki terbabit dipercayai hilang kawalan ketika memandu sebelum melanggar jeriji besi pintu gelongsor hadapan rumah mangsa hingga rosak teruk.
“Rempuhan kuat itu menyebabkan kaca pada gelungsur pintu rumah mangsa berkecai. Dua penghuni warga emas yang berada di dalam rumah itu bagaimanapun terselamat.
0 komentar:
Posting Komentar